Galeri
BENGKEL PEMANTAUAN & PELAKSANAAN PIRECFS 2022 NEGERI PERAK BIL.2/2026
BENGKEL PEMANTAUAN & PELAKSANAAN PIRECFS 2022 NEGERI PERAK BIL.2/2026
Ipoh, 7-8 Oktober 2026- Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Pemantauan dan Pelaksanaan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spines (PIRECFS) 2022 Bilangan 2 Tahun 2026. Bengkel kali ini bertujuan untuk mengenalpasti tindakan dan hala tuju strategik pelaksanaan inisiatif PIRECFS 2022 dan kriteria Conservation Assured Tiger Standard (CA|TS). Bengkel dihadiri oleh wakil WWF-Malaysia, Bahagian Perancangan & Pengurusan Hutan, Silvikultur & Kepelbagaian Biologi, Operasi & Penguatkuasaan, Ladang Hutan dan Perlindungan, Ekopelancongan serta Pejabat-pejabat Hutan Daerah.







